Sri Pantai Seafood Restaurant yang terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang mula ditubuhkan dan beroperasi pada lewat tahun 1980-an.
Sekitar tahun 2005, Sri Pantai Seafood Restaurant mula diambil alih oleh pengurusan baru dan ia berkembang maju sehingga hari ini. Pelbagai pembaharuan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pengurusan Sri Pantai Seafood Restaurant untuk keselesaan para pelanggan kami.